"KONVOI AMBANG MERDEKA" LANGKAWI 30 OGOS 2010
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
PESERTA KONVOI DAN MARSHALL BERKUMPUL DI HADAPAN LANGKAWI FM JAM 4.30 PTG.
KONVOI DILEPASKAN OLEH YB.DATO' PADUKA ABU BAKAR TAIB ( AHLI PARLIMEN LANGKAWI ) BERSAMA PENGARAH LANGKAWI FM & PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH LANGKAWI PADA JAM 5.00 PTG.
PERJALANAN PESERTA YANG MENGAMBIL MASA HAMPIR 1 JAM JELAJAH TIMUR, BARAT & SELATAN LANGKAWI MEMBAWA JALUR GEMILANG TANDA SEMANGAT MERDEKA OLEH SEMUA AHLI KELAB YANG TERLIBAT. RIBUAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK TRAFIK PDRM & TEAM MARSHALL YANG MENGIRINGI KONVOI DENGAN LANCAR & BERJAYA.
KETIBAAN PESERTA KONVOI DI PERKARANGAN MASJID AISHAH, SG. MENGHULU, LANGKAWI JAM 6.30 PETANG. TAKLIMAT RINGKAS OLEH TUAN PENGERUSI LMMS KEPADA AHLI KELAB UNTUK ACARA SETERUSNYA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA PUASA.
SUASANA SEWAKTU BERBUKA PUASA DI MASJID AISHAH, HADIR SAMA YB.DATO' PADUKA ABU BAKAR TAIB ( AHLI PARLIMEN LANGKAWI ), EN.NOR SAIDI NAYAN ( PENGERUSI MAJLIS BELIA DAERAH LANGKAWI ) & TUAN SYED ABDUL AZIZ ( PEGAWAI BELIA DAERAH LANGKAWI ). PENGALAMAN MENARIK UNTUK AHLI LMMS DAN PESERTA KONVOI YANG LAIN.
KONVOI DITERUSKAN KE TEMPAT PENAMAT DI DATARANG LANG DIMANA KLIMAKS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA AKAN DISEMPURNAKAN OLEH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BERSAMA YB DATO' PADUKA DI PENTAS DATARAN. PENYERAHAN JALUR GEMILANG OLEH PENGERUSI LMMS KEPADA PDRM DAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU SERTA LAGU PATRIOTIK OLEH AHLI KELAB BERSAMA VIP DAN TETAMU JEMPUTAN DI PENTAS UTAMA MEMBERI PENGALAMAN MENARIK UNTUK SAMBUTAN MERDEKA KALI INI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI KELAB MYVI LANGKAWI. TAHNIAH.
Read more...